Tuesday, May 30, 2017

Yesterday

Honestly, i'm not sure since when i became like this
I'm easily distracted over things.
Things that should not be thought all the time but i took all my life dwelling into it.
Petty things and it is pathetic!

Tonight, i received a sad news on my friend's loss.
He lost his brother and upon reading the news, all i can say were Astaghfirullah repeated times.
For i am in total shock and disbelief over what i read.
He surely was a good son and brother.
I pray so that he'll be placed among the righteous ones. Aminn...

Motor vehicle accident. MVA.

This immediately flashed my memory back to September 2016
It was a MVA but it involved my brother and his friends.
The impact was devastating.
Few days in ICU, then he was transferred to HDW.
Few days in HDW, changed to surgical wards and lastly to rehabilitation ward.
From hospitals in Pulau Pinang, to Kedah, and finally transferred to Negeri Sembilan.

Days changed to months.
We were devastated.
We prepared for the worst.
Mentally and physically.
But i'm not sure, were we really prepared for the worst? All in my mind was "will this end? will he wakes up? will he be bed bound?
We heard doctors asked us to buy the ripple mattress, asked our consent to do PEG tube on my brother, be prepared to bring him back home.
We heard it all but it seems surreal. We were not ourselves.
Can my brother handled the PEG tube whilst he himself was literally pulling all tubes on his body?Restless all the way?in semi-conscious state?

I was devastated
I just started my final year and it was surgical posting (the most 'disciplined' amongst all posting)
I was distracted
How can i let my parents handle these alone
I am the eldest daughter.

.........................................................................................................

Looking back to the past
Somehow or rather, my family and i get through this bumpy road
Often i fell down to this wild emotions of anger and sadness
but it was not for long because i know i need to finish what i started
and remembering that one piece of advice i gave to my junior when she wanted to do medic

Do it right
Do it right the first time

It strikes me.
and of course it's absolutely essential to stand up each time you fall right?
The one that i forgot to tell.


Saturday, April 29, 2017

Ujian



Habis end posting exam kali ni, destinasi aku bukan ke Seremban seperti selalunya, tapi ke Sungai Petani, Kedah.

Kuantan-Sungai Petani (1400-2300) roughly 9 hours 
dan aku ada dua tujuan penting. Pertama, jumpa banglong (sending him off). Kedua, jadi driver for the Sungai Petani-Seremban home journey.

.........………......

Masih terimbau kenangan menghantar banglong ke SMSTJ for the first time when he was Form 1. Mak menangis (wholeheartedly) dalam perjalanan balik rumah sebab sedih sangat tinggalkan banglong kat asrama. Mungkin sebab pertama kali banglong hidup berdikari dan berjauhan daripada keluarga. I was standard 5 at that time and shocked of course with that scene.

…………………

Situasi pulang ke Seremban, aku seakan menjangkakan yang mak will repeat the scene, tapi mak lebih kuat. Mungkin dah puas menangis dalam tempoh lapan bulan lepas. Sebaliknya, aku yang menangis, bilamana banglong called cakap dia sedih and cried a bit after we left. Lagi sedih bila dia cakap yang dia tak tahu kenapa dia nangis. Dia mandi, teringatkan mak, he cried.

It hurts a lot..
Lagi sakit dari kena ketuk kepala guna exam board undefended.
Lagi sakit dari kena reject specialist from assissting TKR surgery (walhal the day before dah clerked the patient and minta izin untuk assisst surgery).

Kalau aku yang adik pun sedih. Siapalah yang tahu hati emak. 
Mak semestinya lagi sedih dengan setiap kejadian yang berlaku ni. Mak yg bertahan dalam tempoh lapan bulan lepas dan mak kena tinggalkan banglong untuk ajar kehidupan berdikari semula.

dan aku memang silap perhitungan,
Bilamana aku cerita kat mak pasal banglong menangis, mak menangis (wholeheartedly). Dia sememangnya tak mahu menangis depan banglong, tapi empangan air mata seorang emak pecah juga. Aku hanya jadi kayu yang tak mampu menenangkan sebab aku tahu memujuk hanya akan membuatkan aku sama beremosi sedang air mata sendiri mengalir laju waktu aku cepat-cepat ke dapur. Mujur ada abah tempat mak meluah. 

Sekarang, bila teringatkan banglong, akan teringatkan juga his favourite(?) quotes;
1.Everything takes time
2.We can bring the horse to the water but we cannot force the horse to drink the water

Help us ya Allah
We're sad, we cried
but we know
You're the only Helper
Help us against this sadness
Bestow upon us health
and wisdom behind all these tests
Amiin

Saturday, July 5, 2014

exam

1.testing2.*throat cleared*.after sooo long of not ranting, here my angin monsoon came.its like dah lama x drive manual, and then try to drive again.im sure this process will be like that..asyik lupa nak tekan klac.err..dah start nak merepek ni -.-"

2.for the time being,1st upcoming professional exam start this friday.pray that everything sail smoothly and we can answer most of the question (if not all) correctly..amiin.. walau nota2 yg masih x bersentuh mengalahkan buku2 lama di library yg dipandang sepi *apa jenis analogi ni*, kepala rasa dah x mampu nk digest all the knowledge actually T.T

3.after this,clinical years to come pulak.tahun2 yg bakal mencabar physical,mental,spiritual..huu...harap2nya x de la drama air mata dek 'terharu' sangat dengar lecture dr clinical...Almaklumlah darah muda..senang sangat jiwa terusik.takut dr baru cakap sikit dah berjejeh2..haru kena gelak wei ..

4.Tapi,apa2 happen pun,pergantungan kat Allah tu yang paling penting.in all circumstances..actually, mmng tiada daya dan upaya kita selain mengharapkan kekuatan dari Allah kan.baik dalam senang or susah.kita tau ada yg Mengatur.so we wont go haywire bila something jadi not as we planned..cos we know He knows best :)

Saturday, February 2, 2013

kerana pulut santan binasa


kerana mulut badan binasa....

I was wondering..
   how many scars that i carved on people's heart.
Because of these two fleshes..
   heart and tounge..
Relationship built over years cracked in no time..

Praise to ALLAH,The All Knowing..
Praise to HIM,The Most Graceful..
Ya Latif..do soften and purify my heart,
hold my tounge when there is no necessity to talk.. 






Saturday, May 12, 2012

kerana sehelai bulu mata

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba ALLAH sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia untuk berbuat maksiat. Namun begitu, dia berkeras membantah, "Tidak demi langit dan bumi, sungguh tidak benar, saya tak pernah melakukan perkara itu..."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa".

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yang ada. Kemudian dia pun menyanggah, "Mana saksi-saksi yang engkau maksudkan? Di sini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja"

Jawab malaikat, "Inilah saksi-saksimu.."

Tiba-tiba mata berbicara, "Saya yang memandang"
disusuli dengan telinga, "Saya yang mendengar perkara itu"
Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium"
Bibir pun mengaku dengan slumbernya, "Saya yang merayu"
Lidah menambah dengan berani, "Saya yang menjilat dan menghisap"
Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas"
Kaki pula menyusul, "Saya yang berjalan dan berlari semasa itu"

"Nah! Kalau dibiarkan, kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu", ujar malaikat. Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahanam. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yang amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, "Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini". Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata".

"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulNya telah berjanji apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yang dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka?Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan".

Dengan kesaksian bulu mata itu,orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:
"Lihatlah hamba ALLAH ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata..."
jangan kita kedekut untuk menangis untuk mengharapkan keampunan dan keredhaanNya..

sumber:
Miftahul 'Ilm
Biro dokumentasi dan penerbitan
Kelab Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim)
Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Allahuakbar.. :') cerita ini menunjukkan kebesaran ALLAH menerusi sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Nya. Risalah atas ni saya jumpa masa kemas kertas-kertas untuk recycle."Mungkin dapat masa lalu kat booth perkim kot".
Apa-apa pun, sedarkah kita? Bila sorang-sorang, Allah dah sediakan saksi-saksi yang terdiri daripada anggota badan kita sendiri. Ternyata sains telah membuktikan kulit sebagai saksi terbesar perlakuan maksiat atau amal kebaikan kita.
huh?asal lak?sebab organ terbesar dalam tubuh manusia adalah KULIT.
Jadi, waspadalah kita bila bersendirian dan terasa nak melakukan perkara mungkar. Jika kita fikir ALLAH tidak memerhatikan kita semasa syok2 buat dosa, lihatlah kulit kita.
Malulah kepada kulit kita, kerana kulit itulah akan menceritakan segala perbuatan dosa kita kelak.

Tapi, ALLAH sentiasa membuka pintu taubat untuk hamba-hambaNya.
Jangan kita malu untuk bertaubat. Jangan kita malu untuk pakai tudung. Kenapa nak malu? Sebab kita rasa we dont belong to the group yang pakai tudung? Atau kita sebenarnya bangga dapat mendedahkan rambut, lengan dan peha?
Jangan...kita tidak lebih sekadar habuk di alam ciptaanNya. Kenapa habuk? Atau mungkin lebih kecil dari tu? Bayangkan, galaksi Bima Sakti yang menempatkan sistem solar dan bumi ni pun terletak hujung sekali antara galaksi-galaksi yang lain. Kalau nak dibandingkan saiznya, hanya satu titik kecil. Jadi, fikir kembali, hebatkah kita?
Of course not! ALLAH lah yang memiliki segala keagungan dan kesempurnaan. Ingat janji ALLAH untuk kita ;

فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ
Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya. [7]

وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ
Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula.[8]


Dan sesungguhnya janji ALLAH itu pasti. Semoga kita sentiasa berada dalam kasih dan lindungan rahmatNya .Amiinn.




p/s: terdengar doa ni di IKIM pagi tadi.


يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ
Wahai Tuhan yang membalik-balikkan hati, tetapkan hatiku di atas agama-Mu









Saturday, April 16, 2011

muet ke mati?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
In the name of ALLAH the most gracious most merciful

  • sila abaikan segala tatabahasa,gaya bahasa dan mixed bahasa dalam entry kali ini kerana mood saya SANGAT tunggang langgang.sekian

at lasssttt.....walaupun rasa macam tak percaya tengok jarum panjang jam dewan yang kejap2 bergerak laju -.-" muet telah selamat diduki dengan SEPARA jayanya...selain tu, paper writing secara rasminya menjadi paper 'pengundang mood nangis'.yes.. i admit that im usually emotional after exam...huhu dan memang betul..saya kurang pandai menterjemahkan perasaan saya dalam bentuk karangan :'( hadoi..lain kali...tak payah study malam terakhir sebelum exam ye?minit terakhir sebelum pengawas periksa panggil masuk dewan, baru anda dinasihatkan buka buku ye?mizah?PADAN MUKA HANG! perasan pandai lagi...=.="

by the way, pernah tak anda dengar orang kata..kalau kita mimpi gigi kita patah, maksudnya..ada orang terdekat dengan kita akan mati..kalau gigi bawah,orang tu muda dari kita..kalau gigi atas,orang tua...penah dengar tak?nak dijadikan cerita...2 atau 3 hari yang lepas,waktu sarapan pagi,ayah saya mimpi gigi bawah beliau patah.masa dengar mimpi tu..saya tak fikir banyak..mungkin, otak tengah fokus bagi arahan dekat perut untuk digest food..*padahal kuat makan*..
***disebabkan hari ni muet***

malam tadi...saya set alarm untuk bangun pukul 4 pagi..dan ALHAMDULILLAH..saya terjaga..kebiasaannya..radio di rumah tidak dimatikan suisnya, kecuali semua orang tiada di rumah..channel pilihan pula..mestilah ikim.fm. *pilihan mak untuk kebaikan seisi keluarga* bagus heh?ikim ni b'operasi 24/7... mesti ada zikir2 harian..isu2 semasa..produk pelangsing badan..kalau x caya.. try aahh dengar..slot di dapur pun tak nak ketinggalan..haha..dan selalunya..diorang pasang zikir2 munajat and bacaan quran dari tengah malam sampai la ke subuh..ada jugak ceramah ulangan bagi yang ketinggalan..so..pukul 4 pagi tadi..sambil baca2 samples essay for writings..sambil2 tu zikir dalam hati.....*cuak sorang2* and at that time jugak la ikim nak main lagu rabbani,pergi tak kembali..follow pulak lagu *tatau tajuk* ala2 kembali ke alam barzakh...memang menginsafkan diri

ALL OF SUDDEN..saya tiba2 teringat tentang mimpi gigi patah...dan entah kenapa..*mungkin kerana pukul 8 dah start muet menyebabkan mood saya kacau bilau* saya rasa saya tak akan sempat jawab muet..sebab saya TERimagine saya dah terlibat dengan accident..nak dijadikan cerita pulak...traffic light kat simpang 3 *lebuhraya utara selatan-senawang exit* rosak...dah 2-3 hari aku melintas ala2 ayam...kereta lain pun bukan nak bagi can sangat kat aku yang masih berlesen P ni -.-"

tapi tu la...macam mana agaknya kalau kita tau kita akan mati in a few hours..in my case la..mesti akan rasa ralat jugak..sebab dosa2 tatau banyaknya...macam pagi tadi..memang mood swing habis2an..after subuh prayer..i prayed that kalau mati hari ni..ampunkanla dosaku..permudahkanlah urusan matiku..and sebab dah in veeryy 'berserah' condition..im not sure if ade doa for paper muet ke tak sebab air mata dah berjejeh2..memang dah tak ingat muet dah.huhu..tapi moral of the story..kalau mati itu sentiasa dalam ingatan...perkara2 lagha tak akan bermukim lagi di hati sanubari anda..percayalah..*bukan mengatakan muet adalah perkara lagha ye*

p/s:ALHAMDULILLAH..saya berjaya melintas dengan melihat kanan,kiri,kanan di simpang 3..hehs..dan masih diberi kesempatan untuk beramal *insyaAllah* di muka bumi ALLAH ini

Thursday, April 14, 2011

bahasa jiwa bangsa

Kita santunkan tradisi
dengan bahasa yang murni
Bak bunga yang mekar
merimbun dan subur
di atma bangsa yang luhur..

Mari pintalkan bahasa
dengan temali agama
agar pantas melibas
hujah pedas tak berasas
agar tak tersentuh
atma bangsa bermaruah

Mari kita kait bahasa bercorak hikmah
kita tenun kata dengan madah indah
Kita sudahkan dengan iman dan pesanan
menjadi warisan zaman berzaman

Dengan bahasa
kumahu raih cintaNya
kerana..
hari demi hari
cintaku kian terpaut
pada indah ciptaanNya


p/s:...ukhti's :)