dengan bahasa yang murni
Bak bunga yang mekar
merimbun dan subur
di atma bangsa yang luhur..
Mari pintalkan bahasa
dengan temali agama
agar pantas melibas
hujah pedas tak berasas
agar tak tersentuh
atma bangsa bermaruah
Mari kita kait bahasa bercorak hikmah
kita tenun kata dengan madah indah
Kita sudahkan dengan iman dan pesanan
menjadi warisan zaman berzaman
Dengan bahasa
kumahu raih cintaNya
kerana..hari demi hari
cintaku kian terpaut
pada indah ciptaanNya
p/s:...ukhti's :)
2 comments:
terpaku aku sejenak...
owhh..berjenak jenak pun ok.. :)
Post a Comment