Showing posts with label poem. Show all posts
Showing posts with label poem. Show all posts

Thursday, April 14, 2011

bahasa jiwa bangsa

Kita santunkan tradisi
dengan bahasa yang murni
Bak bunga yang mekar
merimbun dan subur
di atma bangsa yang luhur..

Mari pintalkan bahasa
dengan temali agama
agar pantas melibas
hujah pedas tak berasas
agar tak tersentuh
atma bangsa bermaruah

Mari kita kait bahasa bercorak hikmah
kita tenun kata dengan madah indah
Kita sudahkan dengan iman dan pesanan
menjadi warisan zaman berzaman

Dengan bahasa
kumahu raih cintaNya
kerana..
hari demi hari
cintaku kian terpaut
pada indah ciptaanNya


p/s:...ukhti's :)

Saturday, April 9, 2011

waspada

Awasilah
katamu ..
agar tak menjadi madah dalam kekeliruan
kakimu ..
agar langkahmu berhaluan
dan
hatimu ..
biar pintar membuat pertimbangan

p/s: ingatan dari seorang teman :)

Wednesday, March 2, 2011

semangat

Buat saudaraku yang terikat dengan satu syahadah
Tidak pantas merona bahasa sekadar nukilan cuma

Kala kecil kita berazam mahu berjaya
Kita pateri wajah

bonda

ayahanda
dan keluarga
di sudut minda
Moga kita mampu kekalkan senyuman mereka


Usia menginjak

Kita makin pintar mencorak dan mengatur gerak
Kita jatuh bangun kembali

Menangis dan tersenyum

Kumpul kekuatan dari kelemahan
Raih kematangan dari semaian kesalahan


Tiba kita di satu simpang

Jiwa tidak keruan

Keserabutan tak terungkai

apa benar jalan yang kita pilih ini?

Sedang kita tahu bukan seribu duri yang perlu kita hadapi

Saudaraku

Syurga itu mahal bukan?

Raihlah ia dengan rasa kehambaan dan air mata keikhlasan

Maknakanlah nama kita di dunia

Carilah tempat di akhirat sana


Mengapa mengaduh payah?

Bukankah ada DIA yang memudahkan?

p/s:bukan ciptaan sendiri..sekadar berkongsi bakat seorang ukhti ('',)

Sunday, April 11, 2010

terbang

seekor anak burung itu,
masih lagi termangu-mangu,
memandang angkasa lepas
yang hitam..
legap...
dek lindungan sayap-sayap anak burung yang lain..

seekor anak burung itu
masih lagi terpinga-pinga..
melihat anak-anak burung di sekitarnya belajar,
mengepakkan sayap,
mengimbangkan diri,
bersedia untuk terbang tinggi.

seekor anak burung itu
masih lagi kekal di sarangnya
menunggu suapan kasih sayang
dari ibu burung dan bapa burung tercinta
sedang kedua-dua burung itu
sangat diragui usia tuanya

seekor anak burung itu
masih belum mendapat
kekuatan..
keberanian..
masih belum membuat
keputusan..
resolusi..
untuk meninggalkan pohon hijau rendang
tempat berteduh selama ini

namun adakah anak burung itu
tetap kekal di tempatnya...
di sarangnya...
melihat anak-anak burung yang lain terbang tinggi
melihat parasit-parasit durjana menjalar di sisi





adakah anak burung itu masih tegar
termangu-mangu..
terpinga-pinga..
sedang pohon hijau itu sendiri semakin tua?