Saturday, May 12, 2012

kerana sehelai bulu mata

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba ALLAH sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia untuk berbuat maksiat. Namun begitu, dia berkeras membantah, "Tidak demi langit dan bumi, sungguh tidak benar, saya tak pernah melakukan perkara itu..."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa".

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yang ada. Kemudian dia pun menyanggah, "Mana saksi-saksi yang engkau maksudkan? Di sini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja"

Jawab malaikat, "Inilah saksi-saksimu.."

Tiba-tiba mata berbicara, "Saya yang memandang"
disusuli dengan telinga, "Saya yang mendengar perkara itu"
Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium"
Bibir pun mengaku dengan slumbernya, "Saya yang merayu"
Lidah menambah dengan berani, "Saya yang menjilat dan menghisap"
Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas"
Kaki pula menyusul, "Saya yang berjalan dan berlari semasa itu"

"Nah! Kalau dibiarkan, kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu", ujar malaikat. Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahanam. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yang amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, "Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini". Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata".

"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulNya telah berjanji apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yang dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka?Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan".

Dengan kesaksian bulu mata itu,orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:
"Lihatlah hamba ALLAH ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata..."
jangan kita kedekut untuk menangis untuk mengharapkan keampunan dan keredhaanNya..

sumber:
Miftahul 'Ilm
Biro dokumentasi dan penerbitan
Kelab Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim)
Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Allahuakbar.. :') cerita ini menunjukkan kebesaran ALLAH menerusi sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Nya. Risalah atas ni saya jumpa masa kemas kertas-kertas untuk recycle."Mungkin dapat masa lalu kat booth perkim kot".
Apa-apa pun, sedarkah kita? Bila sorang-sorang, Allah dah sediakan saksi-saksi yang terdiri daripada anggota badan kita sendiri. Ternyata sains telah membuktikan kulit sebagai saksi terbesar perlakuan maksiat atau amal kebaikan kita.
huh?asal lak?sebab organ terbesar dalam tubuh manusia adalah KULIT.
Jadi, waspadalah kita bila bersendirian dan terasa nak melakukan perkara mungkar. Jika kita fikir ALLAH tidak memerhatikan kita semasa syok2 buat dosa, lihatlah kulit kita.
Malulah kepada kulit kita, kerana kulit itulah akan menceritakan segala perbuatan dosa kita kelak.

Tapi, ALLAH sentiasa membuka pintu taubat untuk hamba-hambaNya.
Jangan kita malu untuk bertaubat. Jangan kita malu untuk pakai tudung. Kenapa nak malu? Sebab kita rasa we dont belong to the group yang pakai tudung? Atau kita sebenarnya bangga dapat mendedahkan rambut, lengan dan peha?
Jangan...kita tidak lebih sekadar habuk di alam ciptaanNya. Kenapa habuk? Atau mungkin lebih kecil dari tu? Bayangkan, galaksi Bima Sakti yang menempatkan sistem solar dan bumi ni pun terletak hujung sekali antara galaksi-galaksi yang lain. Kalau nak dibandingkan saiznya, hanya satu titik kecil. Jadi, fikir kembali, hebatkah kita?
Of course not! ALLAH lah yang memiliki segala keagungan dan kesempurnaan. Ingat janji ALLAH untuk kita ;

فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ
Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya. [7]

وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ
Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula.[8]


Dan sesungguhnya janji ALLAH itu pasti. Semoga kita sentiasa berada dalam kasih dan lindungan rahmatNya .Amiinn.




p/s: terdengar doa ni di IKIM pagi tadi.


يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ
Wahai Tuhan yang membalik-balikkan hati, tetapkan hatiku di atas agama-Mu









No comments: