Buat saudaraku yang terikat dengan satu syahadah
Tidak pantas merona bahasa sekadar nukilan cuma
Kala kecil kita berazam mahu berjaya
Kita pateri wajah
bonda
ayahanda
dan keluarga di sudut minda
Moga kita mampu kekalkan senyuman mereka
Usia menginjak
Kita makin pintar mencorak dan mengatur gerak
Kita jatuh bangun kembali
Menangis dan tersenyum
Kumpul kekuatan dari kelemahan
Raih kematangan dari semaian kesalahan
Tiba kita di satu simpang
Jiwa tidak keruan
Keserabutan tak terungkai
apa benar jalan yang kita pilih ini?
Sedang kita tahu bukan seribu duri yang perlu kita hadapi
Saudaraku
Syurga itu mahal bukan?
Raihlah ia dengan rasa kehambaan dan air mata keikhlasan
Maknakanlah nama kita di dunia
Carilah tempat di akhirat sana
Mengapa mengaduh payah?
Bukankah ada DIA yang memudahkan?
p/s:bukan ciptaan sendiri..sekadar berkongsi bakat seorang ukhti ('',)